Wednesday 26 October 2011

Matematik ~ Nombor Bulat


~   Nombor bulat hingga 100000 adalah nombor-nombor yang bermula dari
     digit 0,1,2,3,......hingga 100000.

~   Nombor bulat boleh ditulis atau dinyatakan dalam bentuk angka atau
      perkataan.

     Misalnya : Angka - 58126
                        Perkataan - Lima puluh lapan ribu satu ratus dua puluh enam

~   Penting : Semasa menulis nombor dalam perkataan, asingkan setiap
                         kumpulan bagi tiga digit itu. Kumpulkan digit-digit dalam
                         nilai tempat ratus ribu, puluh ribu dan ribu yang dinyatakan
                        dalam sebutan ribu. Jika digit dalam nilai tempat adalah
                        sifar, digit itu tidak perlu ditulis.