Sunday, 27 November 2011

Pendaraban hingga 100000

~  Pendaraban ialah satu proses tambah yang berulang.
    Hasilnya dinamakan hasil darab.
    Misalnya :  4+4+4+4+4=20,
                       lima nombor 4 yang ditambah boleh diwakili dengan
                       4 x 5 = 20

~  Mengubah urutan nombor dalam suatu pendaraban tidak menjejaskan
    hasil darabnya.
    Misalnya :  5 x 4 = 4 x 5 = 20

~  Semasa kamu mendarabkan sebarang nombor dengan sifar,
    hasil darabnya ialah sifar.
    Misalnya :  0 x 392 = 0
                       6278 x 0 = 0

~  Sebarang nombor yang didarab dengan 1, memberikan nombor
    yang sama.
    Misalnya :  182 x 1 = 182
                       1 x 7667 = 7667

~  Apabila suatu nombor didarab dengan 10, tambah 1 sifar selepas nombor.
    Misalnya :  4372 x 10 = 43720

~  Apabila suatu nombor didarab dengan 100, tambah 2 sifar selepas nombor.
    Misalnya :  765 x 100 = 76500

~  Apabila suatu nombor didarab dengan 1000, tambah 3 sifar selepas nombor.
    Misalnya :  78 x 1000 = 78000

No comments:

Post a Comment